CERAPAN GERHANA BULAN PENUH - 10 DISEMBER 2011
Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh akan diadakan pada 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433H bertempat di Baitul Hilal Port Dickson anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembuilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Program ini bermula jam 4.30 petang.
Antara pengisian program ialah pihak penganjur telah mengundang dua orang penceramah iaitu En. Shahrin Ahmad, Pengasas Falak Online dan juga Ahli NETT dan En. Razlan Ahmad dari Universiti Sains Islam Malaysia bagi menyampaikan ceramah dam mengisi program pada hari tersebut. Taklimat cerapan gerhana bulan akan disampaikan oleh Pn. Nazatulshima Ahmad dari Jabatan Fizik Universiti Malaya.
Sehubungan dengan itu, hadiran yang berkesempatan dijemput hadir bagi meriahkan lagi program ini dan dapat berkongsi ilmu dan menimba pengalaman yang baru.
MAKLUMAT FASA GERHANA BULAN PENUH
TARIKH : 10 DISEMBER 2011 ( SABTU )
TEMPAT : BAITUL HILAL TELUK KEMANG PORT DICKSON
Bulan terbit : 18.54
Bulan mula memasuki Penumbra : 19.32 (P4)
Bulan mula memasuki Umbra : 20.46 (U4)
Permulaan gerhana Penuh : 22.06 (U3)
Waktu gerhana Maksima : 22.31
Tamat gerhana Penuh : 22.57 (U2)
Bulan meninggalkan Umbra : 00.18 (U1)
Bulan meninggalkan Penumbra : 01.31 (P1)
TENTATIF PROGRAM
4.30 PM - Minum Petang
5.00 PM - Ceramah Gerhana Bulan
En. Shahrin Ahmad
(Pengasas Falak Online dan Ahli NETT)
6.00 PM - Makan Malam
7.00 PM - Solat Maghrib berjemaah
7.30 PM - Tazkhirah : Gerhana, Tanda Kebesaran Allah
En. Razlan Ahmad
(Universiti Sains Islam Malaysia)
8.15 PM - Solat Isyak Berjemaah
Solat Sunat Gerhana
Ust Zaher Rudin Hj Mokhtar
(Imam Masjid Negeri)
9.00 PM - Taklimat Cerapan Gerhana Bulan
Pn. Nazatulshima Ahmad
(Jabatan Fizik Universiti Malaya)
10.00 PM - Minum Malam & Bersurai
Kaifiyyah Solat Gerhana
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud seperti berikut:
RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى
Yang bermaksud, Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.
Baca Surah al-Fatihah dan Surah
Rukuk
I’tidal
Baca Surah al-Fatihah dan Surah
Rukuk
I’tidal
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
RAKAAT KEDUA
Baca Surah al-Fatihah dan Surah
Rukuk
I’tidal
Baca Surah al-Fatihah dan Surah
Rukuk
I’tidal
Sujud
Tahiyyat akhir
Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.
Search
Tuesday, December 6, 2011
Saturday, December 3, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Purnama Mengambang
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Monday, August 1, 2011
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1432H (1 OGOS 2011)
Bermula 1 Ramadhan 1432H (1 Ogos 2011), seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah berpuasa selama 1 bulan. Semoga dengan kehadiran bulan yg mulia ini akan memberikan keberkatan dalam kehidupan seharian. Program Cerapan Hilal Ramadhan telah dijalankan secara serentak pada 31 Julai 2011 (29 Sya'aban 1432H) di 30 lokasi cerapan rasmi di seluruh negara (Rujuk: http://www.islam.gov.my/e-falak/tempat-cerapan) termasuk di Balai Cerap Selangor, Sungai Besar. Dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah (Rujuk:http://www.islam.gov.my/e-falak/kriteria), semua umat Islam telah diwajibkan berpuasa bermula 1 Ogos 2011 (Isnin) sepertimana telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja menerusi media.
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA daripada KREW KEMBARA ANGKASA dan PERSATUAN FALAK SYAR'I MALAYSIA
Friday, July 22, 2011
KKA sertai BENGKEL ASAS PENGENDALIAN TELESKOP 2011
Oleh : Krew Kembara Angkasa
22 & 23 JULAI 2011 (Jumaat & Sabtu) - Seramai 17 orang Krew Kembara Angkasa (KKA) telah menyertai BENGKEL ASAS PENGENDALIAN TELESKOP 2011 anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka. Bersama tenaga pengajar, Dr. (H) Kassim Bahali KKA telah diberi pendedahan asas tentang pengendalian teleskop dengan baik serta latihan praktikal dan cerapan turut dijalankan. Selain itu, turut menyertai bengkel ini ialah ahli Persatuan Falak Syar'i Negeri Melaka.
Saturday, July 2, 2011
Kembara Angkasa, PFSM di 3rd Charity Bazar, Menara Weld
2 Julai 2011 (Sabtu), Krew Kembara Angkasa, PFSM telah dijemput untuk mengadakan pameran bersempena 3rd Charity Bazar di Menara Weld. Program yang berjalan selama satu hari ini bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang telah mendapat sambutan yang amat baik drpd pengunjung. Terima kasih kepada pengunjung yang hadir yang memberi sokongan...
Saturday, May 21, 2011
TEMUI KEMBARA ANGKASA di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka.
21 - 22 Mei 2011 (Sabtu & Ahad), Krew Kembara Angkasa, PFSM kini berada di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka sempena sambutan Hari Falak (Astronomy Day) Tahun 2011. Program selama 2 hari ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Kompleks Falak Al-Khawarizmi dengan di sertai pelbagai agensi, intitusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan. "Bersama kita terokai ilmu kegemilangan Islam ini.."
Thursday, April 21, 2011
KREW KEMBARA KONGSI ILMU FALAK DI UniKL MIAT
KEMBARA ANGKASA ‘1001 MALAM’
Oleh: Krew Kembara Angkasa
Pada 6 April 2011 bersamaan 2 Jamadil Awwal 1432H, Persatuan Falak Syarie Malaysia & Kelab Kembara Angkasa (KKA) dengan kerjasama krew-krew Falak USIM turun padang bagi memenuhi jemputan daripada Malaysian Institute of Aviation Technology (uniKL MIAT) bagi mengadakan aktiviti malam kembara angkasa bertempat di surau Saidina Ali.
Dalam program ini, krew kembara memberi pendedahan kepada warga MIAT mengenai ilmu falak yang mana bertujuan untuk mendekatkan warga MIAT kepada fenomena alam dan falak syarie. Program ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir 11 malam. Pada sebelah petang, krew kembara mengadakan pameran alat-alatan yang digunakan dalam cerapan, gambar-gambar aktiviti serta jualan barangan falak.
Pada sebelah malamnya krew kembara telah mengadakan ceramah mengenai pengenalan ilmu falak yang di sampaikan oleh saudara Razlan bin Ahmad. Selesai ceramah tersebut, krew kembara mengadakan cerapan langit malam untuk tontonan warga MIAT.
Dalam cerapan tersebut warga MIAT telah diraikan oleh planet Zuhal yang terpancar indah di langit. Krew kembara dan warga MIAT sangat bertuah kerana di temani planet tersebut. Selepas sahaja selesai mencerap langit malam tepat jam 12 malam, maka berakhir lah program tersebut..
Saturday, March 19, 2011
Krew Kembara Angkasa sertai KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AKHIR 1432
Oleh Mazura Md Dali, Krew Kembara Angkasa
Pada tarikh 5 Mac 2011 bersamaan 30 Rabiul Awwal 1432 Krew Kembara Angkasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AKHIR 1432 yang telah diadakan di Pejabat Agama Kuala Selangor dan Baitulhilal Bukit Melawati, Kuala Selangor.
Di Pejabat Agama Kuala Selangor, Krew Kembara telah didedahkan dengan ilmu penggunaan Rubu' Mujayyab dan sistem pertukaran tarikh yang telah dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Abd. Latip b. Ibrahim, Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Selangor serta dibantu oleh urusetia-urusetia yang lain. Selain itu, Krew Kembara juga didedahkan kaedah menentukan waktu solat melalui bayang-bayang.
Pada sebelah petang, Krew Kembara telah dibawa ke Baitulhilal, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Sementara menanti waktu maghrib tiba, Krew Kembara telah dipaparkan rakaman buruj, hilal dan matahari yang telah dirakam oleh Jabatan Mufti. Selain itu, Krew Kembara juga diajar kaedah menentukan kedudukan hilal dan terbenamnya matahari.
Setelah terbenamnya matahari, Krew Kembara memulakan cerapan hilal dengan menggunakan alatan Jabatan Mufti. Namun begitu, mendukacitakan apabila hilal tidak kelihatan disebabkan terhalang oleh awan tebal. Krew Kembara Angkasa berharap program cerapan pada masa akan datang, hilal akan kelihatan.
Krew Kembara Angkasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Abd. Latip b. Ibrahim dan Jabatan Mufti Negeri Selangor serta urusetia-urusetia yang lain kerana memberi ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang sungguh bermakna. Sehingga bertemu lagi di program akan datang.
Thursday, March 10, 2011
Peminat Falak 'SERBU' FSU USIM
Krew Kembara Angkasa berkampung di USIM
Oleh: Nur Jazmina Rosli, Krew Kembara Angkasa
Pada 4, 5 dan 6 Mac 2011 lalu, Krew Kembara Angkasa dengan kerjasama Persatuan Falak Syarie Malaysia (PFSM) telah mengadakan Pameran Falak di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM bersempena dengan Hari Terbuka FSU dan USIM. Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pengunjung dan warga USIM sendiri.
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang pameran berlangsung. Antara yang paling mendapat sambutan para pengunjung adalah penukaran tarikh lahir Masihi ke Hijri. Para pengunjung dapat mengetahui tarikh lahir dalam bulan Hijri dan dapat membawa pulang sijil tarikh lahir Hijri sebagai kenangan. Para pengunjung juga dapat mencuba peralatan-peralatan Falak yang dipamerkan di situ seperti teleskop, binokukar, teodolit, kompas dan banyak lagi peralatan-peralatan lain.
Antara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang pameran adalah ceramah falak yang bertajuk “Fenomena Alam dan Hubungkait dengan Ilmu Falak Syarie. Ceramah ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hanafiah Abdul Razak. Ceramah yang berlangsung padahari Jumaat itu telah dihadiri oleh pelajar-pelajar USIM dan pelajar-pelajar daripada sekolah menengah.
Pameran ini berakhir pada hari Ahad, 6 Mac 2011. Krew Kembara Angkasa sangat berpuas hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti ke pameran ini terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah yang hadir. Semua krew berharap agar pameran ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Salah seorang pengunjung sedang mencuba menggunakan teleskop |
Sdr. Abu sedang memberikan penerangan kepada Y. Bhg. Prof Dr. Hj Abdul Samat Musa
Sdr. Abdul Manaf memberikan penerangan mengenai penggunaan teodolit.
Al- Fadhil Ustaz Hanafiah menerima cenderahati penghargaan atas ilmu yang telah disampaikan.
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sijil tarikh lahir hijri sebagai koleksi peribadi.
Monday, March 7, 2011
Pointing a Finger at Star Formation
http://www.nasa.gov/mission_pages/WISE/multimedia/gallery/pia13904.html
NASA's Wide-field Infrared Survey Explorer, or WISE, captured this image of a star-forming cloud of dust and gas located in the constellation of Monoceros. The nebula, commonly referred to as Sh2-284, is relatively isolated at the very end of an outer spiral arm of our Milky Way galaxy. In the night sky, it's located in the opposite direction from the center of the Milky Way.
Perhaps the most interesting features in Sh2-284 are what astronomer call "elephant trunks." Elephant trunks are monstrous pillars of dense gas and dust. The most famous examples of are the "Pillars of Creation," found in an iconic image of the Eagle nebula from NASA's Hubble Space Telescope. In this WISE image, the trunks are seen as small columns of gas stretching towards the center of the void in Sh2-284, like little green fingers with yellow fingernails. The most notable one can be seen on the right side of the void at about the 3 o'clock position. It appears as a closed hand with a finger pointing towards the center of the void. That elephant trunk is about 7 light-years long.
Deep inside Sh2-284 resides an open star cluster, called Dolidze 25, which is emitting vast amounts of radiation in all directions, along with stellar winds. These stellar winds and radiation are clearing out a cavern inside the surrounding gas and dust, creating the void seen in the center. The bright green wall surrounding the cavern shows how far out the gas has been eroded. However, some sections of the original gas cloud were much denser than others, and they were able to resist the erosive power of the radiation and stellar winds. These pockets of dense gas remained and protected the gas "downwind" from them, leaving behind the elephant trunks. These pillars can also be thought of as rising like stalagmites from the cavern walls.
The Sh2-284 nebula is classified as an HII region, as is LBN 114.55+00.22 featured in the September 16, 2010 image (http://wise.ssl.berkeley.edu/gallery_LBN114.html). HII regions go hand in hand with star formation, and indeed the stars in the central Dolidze 25 cluster have just recently formed. They're hot, young, bright stars, with ages ranging from 1.5 to 13 million years -- infants by astronomical standards. In comparison, the sun is about 4.6 billion years old.
The colors used in this image represent specific wavelengths of infrared light. Blue and cyan (blue-green) represent light emitted at wavelengths of 3.4 and 4.6 microns, which is predominantly from stars. Green and red represent light from 12 and 22 microns, respectively, which is mostly emitted by dust.
Image credit: NASA/JPL-Caltech/UCLA
Tuesday, February 15, 2011
KYUEM Astronomy Outreach 2011
Oleh: Wani, Krew Kembara Angkasa.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua masyarakat dalam mengagungkan ilmu falak Islam serta menarik minat mereka untuk terus mengkaji ilmu-ilmu warisan ilmuan Islam ini. Sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar KYUEM telah memberikan kenangan yang amat bermakna di sana. Pihak PFSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menjemput PFSM dan Krew Kembara Angkasa untuk hadir ke sana.
Tanggal 9 Rabi’ul Awwal 1432H bersamaan 12 Februari 2011 yang lalu, bertempat di Lembah Beringin, Persatuan Falak Syarie Malaysia(PFSM) telah dijemput untuk mengadakan program Falak dan Alam semesta bertempat di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) yang mana dahulunya dikenali sebagai Kolej Yayasan Sa’ad.
Diantara wakil PFSM yang terlibat untuk keseluruhan program ini adalah YDP PSFM, Tn Syed Kamarulzaman, Bendahari PFSM, Dato Wan Abdullah Ahmad, Encik Wan Johan dan dibantu oleh Krew-krew Kelab Kembara Angkasa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan UNITEN.
Bermula pukul 6 petang, para pelajar telah memenuhi ruang pameran PFSM dan disusuri dengan ceramah Alam Semesta yang disampaikan oleh YDP PFSM iaitu Yg.Berbahagia Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer. Di antara aktiviti yang menarik minat para pelajar KYUEM adalah aktiviti “Stargazing & Astrophotography” di mana para pelajar berpeluang untuk meneroka alam semesta dengan menggunakan teleskop model MEADE.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar KYUEM yang menunjukan minat yang luar biasa dalam memahami ilmu Falak Syarie ini dan mereka menyifatkan bahawa ini adalah salah satu program yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk umat Islam secara khususnya.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua masyarakat dalam mengagungkan ilmu falak Islam serta menarik minat mereka untuk terus mengkaji ilmu-ilmu warisan ilmuan Islam ini. Sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar KYUEM telah memberikan kenangan yang amat bermakna di sana. Pihak PFSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menjemput PFSM dan Krew Kembara Angkasa untuk hadir ke sana.
Antara Krew Kembara Angkasa & Ahli PFSM yang hadir
Krew Kembara Angkasa (Wanita) yang hadir
Sesi perkongsian ilmu falak oleh Tuan Syed Kamaruzzaman, YDP PFSM.
Salah seorang peserta sedang mencuba teleskop untuk memerhati objek lagit
Sebahagian pelajar yang hadir memeriahkan program
Monday, February 14, 2011
Friday, February 11, 2011
KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AWWAL 1432
3 Feb 2011 - Syukur Alhamdulillah, seramai 15 orang Krew Kembara Angkasa telah berjaya mengikuti KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AWWAL 1432 di Balai Cerap Anak Bulan Bukit Jugra. Dalam kursus ini, semua peserta telah didedahkan dengan ilmu penggunaan Rubu' Mujayyab dan sistem pertukaran tarikh yang telah dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Abd. Latip b. Ibrahim, Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Selangor serta dibantu oleh urusetia-urusetia yang lain. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor atas penganjuran kursus yang amat baik dan bermanfaat. Sehingga berjumpa lagi pada kursus yang akan datang.
Krew Kembara Angkasa bergambar kenangan bersama penganjur dan sebahagian peserta yang hadir.
Ustaz Abdul Latip menunjukkan cara menentukan arah qiblat dengan menggunakan Rubu' Mujayyab.
Krew Kembara Angkasa sedang mengukur bayang-bayang tiang tegak.
Ustaz Abdul Latip berkongsi pengalaman dan ilmu dengan peserta.
Saturday, February 5, 2011
Proposed Mission to Jupiter System Achieves Milestone
Proposed Mission to Jupiter System Achieves Milestone
02.04.11
This artist’s concept shows NASA's Jupiter Europa Orbiter which will carry a complement of 11 instruments to explore Europa and the Jupiter System. The spacecraft is part of the joint NASA-ESA Europa Jupiter System Mission (EJSM).
Image credit: NASA/ESA
SIRAH BULAN-BULAN HIJRAH
Tajuk Buku: Sirah Bulan-bulan Hijrah
Penulis: Y. Bhg Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi,
Pensyarah UDM (kini UNISZA), Terengganu D.I
Terbitan: MUST READ Sdn. Bhd.
Setelah membaca buku tersebut, banyak ilmu yang dapat kita perolehi daripada penulisan Y. Bhg Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki. Karangan beliau berkaitan sirah bulan- bulan hijrah dan keistimewaan bulan-bulan tersebut. Sebagai seorang pencinta ilmu falak ini, sememangnya kita perlu mengetahui tentang sirah dan keistimewaan bulan hijrah ini kerana ia berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim. saya kongsikan beberapa ilmu yang telah beliau sampaikan secara ringkas. Untuk bacaan yang lebih lanjut, boleh dapatkan buku tersebut di pasaran.
SEJARAH PERMULAAN TAHUN HIJRAH (Muka surat: 3-5)
Tahun hijrah telah dimulakan penggunaannya selepas 7 tahun kewafatan Rasulullah SAW iaitu pada tahun ke 17H pada zaman pemerintahan Sayidina Umar Al-Khattab. Sebelum itu, mereka hanya menggunakan hari dan bulan sahaja tanpa tahun. Bulan yang diterima pakai sejak zaman Rasulullah SAW ialah Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab dan Syaaban, manakala penentuan hari pula adalah dengan melihat bulan yang timbul pada waktu malam.
Sebelum kemunculan Takwim Islam (Hijri) ini, dikalangan bangsa Arab sendiri pun sudah ada berbagai-bagai kalendar yang telah digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Rumawi dan Kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar jahiliah.
Abu Nuaim Al-Asbahani ada meriwayatkan dua kisah tentang sejarah penggunaan tahun pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab. Dalam satu riwayat, ia ada menyebut tentang satu dokumen kewangan bertulis padanya bulan Syaaban sahaja tanpa disebut tahun. Lalu timbul pertanyaan dalam diri Sayidina Umar r.a, ini Syaaban bila? adakah yang baru ataupun yang sebelumnya?
Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di kalangan gabenor wilayah Islam pada zaman Sayidina Umar r.a telah mengadu kepada beliau iaitu setiap kali surat sampai kepada kami, ia tidak mempunyai tahun. Kami tidak pasti bilakah ianya dihantar kepada kami. Lantaran itu, Sayidina Umar r.a menjemput para sahabat untuk membincangkan tentang penentuan tahun. mereka bersetuju bahawa penentuan tahun perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Persoalannya ialah apakah peristiwa yang boleh dijadikan asas dalam kalendar Islam? Beberapa cadangan telah diberikan, antaranya ialah berasaskan tarikh kelahiran Rasulullah SAW atau berasaskan tahun kenabian Rasulullah SAW atau berasaskan tahun penghijrahan Rasulullah SAW atau berasaskan tahun kewafatan Rasulullah SAW. Namun, Sayidina Umar r.a bersetuju dengan tahun penghijrahan Rasulullah SAW sebagai tahun asas bermulanya penggunaan tahun hijrah dengan hujah hijrah itu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. dengan itu, diisytiharkan peristiwa hijrah sebagai asas permulaan pengiraan tahun hijrah bagi umat Islam. Tahun perbincangan itu telah berlaku pada 17 tahun selepas berlakunya hijrah Rasulullah SAW , ini beerti ia merupakan tahun 17 hijrah.
Monday, January 31, 2011
AL-BATTANI: AHLI FALAK ISLAM TERUNGGUL
Oleh: Cindai
Minat manusia terhadap kejadian angkasa dan alam semesta telah bermula sejak ribuan tahun yang lalu. Di kalangan pengembara dan pelayar, mereka menjadikan bintang yang terdapat langit sebagai "kompas" dan pemandu arah kepada perjalanan mereka supaya tidak tersesat di padang pasir serta lautan yang terbentang luas. Keadaan langit yang cerah dan tidak berawan pada waktu malam di kawasan gurun membolehkan kerdipan bintang dilihat dengan jelas. Ini telah menimbulkan bukan sahaja perasaan takjub tetapi juga ingin tahu kepada mereka yang mahu menggunakan akalnya untuk memikirkan segala kejadian Tuhan.
Seruan supaya manusia sentiasa berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu terkandung di dalam ajaran Islam. Sebab itu, apabila Islam bertapak di tanah Arab, ilmu pengetahuan, seperti falsafah, sains, astronomi dan seni turut mengalami perkembangan yang pesat. Kelahiran para cendikiawan Islam dalam bidang-bidang tersebut merupakan bukti yang kukuh bahawa Islam menggalakkan umatnya sentiasa mencari ilmu pengetahuan hatta sampai ke negara China sekalipun.
Sunday, January 30, 2011
TOKOH FALAK
KIYAI MUHAMMAD SHALIH AL-FATHANI - AHLI FALAK NUSANTARA
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
Barangkali ramai yang menyangka bahawa hanya sedikit sekali ulama dunia Melayu yang ahli atau pakar dalam disiplin ilmu falak. Ak- hir-akhir ini sebahagian besar seminar mengenai falak di Malaysia yang sangat ditonjolkan ialah Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim. Oleh itu melalui Ruangan Agama, Utusan Malaysia, terbitan yang lalu saya cuba memperkenalkan Raja Muhammad Sa'id bin Raja Muhammad Tahir Riau, sebagai intelektual dan ulama yang ahli dalam bidang falak, yang mendahului kedua-dua ulama yang berasal dari Minangkabau (Syeikh Tahir Jalaluddin) dan Patani (Syeikh Abdullah Fahim) itu. Artikel ini pula memperkenalkan intelektual dan ulama yang ahli dalam bidang falak, yang sezaman dengan Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim.
Ulama ahli falak dunia Melayu yang diriwayatkan ini, nama lengkapnya ialah Kiyai Muhammad Shalih bin Syeikh Abdur Rahman Gudang bin Muhammad Ali bin Ismail al-Fathani. Menurut riwayat, beliau dilahirkan di atas kapal di Sabang, di bahagian utara Aceh. Tarikh tepat kelahiran belum diketahui. Nasab dari sebelah lelaki yang dapat dijejaki ialah berasal dari Patani. Berdasarkan tulisan Kiyai Muhammad Shalih bahawa beliau berasal dari Kampung Cabang Tiga Patani. Diriwayatkan pula nasab yang lebih ke atas adalah berasal daripada salah seorang keturunan raja di Aceh. Berdasarkan tulisan Kiyai Muhammad Shalih juga bahawa beliau tinggal di beberapa tempat, iaitu di Mekah, Johor, Kampung Sawah, Tanjung Karang (Sumatera Selatan), Bengkalis (Riau), Ranai, Bunguran Timur, Tanjung Pinang (Riau) dan terakhir sekali di Palembang (Sumatera Selatan).
Saturday, January 29, 2011
Krew Kembara Angkasa akan mengikuti KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AWWAL 1432
Pada 3 Februari 2011 bersamaan 29 Safar 1432 (Khamis), beberapa orang krew Kembara Angkasa akan menyertai KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AWWAL 1432 anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor di Baitul Hilal Bukit Jugra.
Friday, January 28, 2011
YB Dato Seri Jamil Khir Penaung Persatuan
Written by Administrator | |
Sunday, 16 January 2011 | |
Pada 5 Safar 1432H bersamaan 10 Januari 2011 yang lalu satu kunjungan hormat Ke Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom dibuat oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Falak Syar'i Malaysia. Rombongan Persatuan terdiri daripada YDP, Tn Syed Kamarulzaman, Setiausaha, Dr Kassim Bahali, Bendahari Dato Wan Abdullah Ahmad, AJK iaitu Dr Ibnor Azli, Ust Zakaria Mustaffa, Abdul Rahonny dan Sdr Wan Johan. Pertemuan itu merupakan pertemuan yang pertama diantara Persatuan dan YB Menteri dimana Persatuan telah diperkenalkan kepada YB Menteri. Persatuan juga telah memaklumkan kepada YB Menteri mengenai projek Persatuan iaitu pembinaan sistem "Waktu Solat atas Pesawat". YB Menteri memberikan respons yang sangat positif dan beliau akan memberikan sokongan kepada Persatuan untuk melaksanakan projek itu. Alhamdullilah, YB Menteri telah berkenan perlantikan sebagai Ahli Kehormat Persatuan dan menjadi Penaung kepada Persatuan falak Syar'i Malaysia. | |
Last Updated ( Sunday, 16 January 2011 ) |
Fenomena Astronomi Januari 2011
Written by Kassim Bahali | |
Sunday, 09 January 2011 | |
Perihelion dan Gerhana Separa Matahari Detik 00:01 tengah malam 1 Januari 2011 disambut meriah di seluruh dunia, menandakan bermulanya tahun baru 2011. Mungkin ramai yang tidak menyedari semasa kita menyambut tahun baru, Bumi bersama-sama penghuninya berjumlah lebih enam billion orang, sedang bergerak menghampiri kepada kedudukannya yang paling hampir dengan Matahari. Bumi bergerak mengelilingi Matahari di dalam orbit yang berbentuk elip. Akibat orbitnya yang elip, Bumi akan mengalami kedudukan paling dekat dan paling jauh dari Matahari. Kedudukan Bumi paling dekat dinamakan Perihelion dan paling jauh dinamakan aphelion. Kedudukan Perihelion akan berlaku pada 19:00UT, 3 Januari, selepas dua minggu kejadian solstis pada 21 Disember lalu ( lihat Dewan Kosmik, Disember 2010). Ketika Perihelion jarak Bumi dari Matahari ialah 147,098,074 kmAU) manakala ketika apehelion ialah 152,097,701 km(1.01671033 AU). Perbezaan jarak ini sebanyak 5 juta kilometer menyebabkan saiz ketara Matahari kelihatan berbeza sedikit sebanyak 3.4%. Ketika perihelion saiz ketara diameter Matahari ialah 32.53 arka minit manakala ketika apehelion saiz ketara diameter kecil sedikit iaitu 31.46 arka minit. (0.98328989) Rajah 1 : Perbezaan saiz Matahari ketika Apehelion dan Perihelion Sehari selepas Bumi mengalami Perihelion, sebahagian Bumi akan mengalami gerhana separa Matahari pada 4 Januari. Gerhana ini terjadi selepas dua minggu kejadian gerhana penuh Bulan pada 21 Disember 2010 (lihat Dewan Kosmik Disember 2010). Afrika utara, Eropah, semenanjung Arab dan sebahagian Asia akan mengalami gerhana tersebut. Gerhana Matahari terjadi apabila Bulan berada diantara Bumi dan Matahari. Akibatnya Bulan menghalang sebahagian atau seluruh pandangan kita ke Matahari. Bulan akan menutupi sebahagian atau seluruh Matahari. Bayang Bulan akan terjadi dan jatuh ke permukaan Bumi. Kawasan yang mengalami bayang tersebut akan mengalami gerhana. Oleh kerana saiz relatif Bulan adalah kecil berbanding Bumi dan jarak Bulan-Matahari yang sangat jauh, menyebabkan bayang yang terjadi tidak dapat meliputi seluruh permukaan Bumi. Hanya sebahagian kecil Bumi akan dilalui oleh bayang Bulan. Bayang ini akan mula merentasi utara Afrika, Eropah kemudian semenanjung Arab, seterusnya Asia Barat dan berakhir di tengah Asia seperti di rajah 2. Gerhana ini bermula awal pagi 06:40 UT di Afrika utara kemudian mencapai maksima pada 08:51UT dan berakhir pada senja di tengah Asia pada 11:00 UT. Gerhana maksimum akan berlaku di utara Sweden pada jam 08:50 UT dengan magnitud 0.858. Gerhana ini akan dapat dilihat di Kaherah, Istanbul, Tehran, Rusia dan juga sebahgian China. Walau bagaimanapun gerhana ini tidak dilihat di Malaysia. Gerhana ini akan berakhir di barat laut China ketika Matahari terbenam di ufuk barat. Diantara pekara yang menarik tentang gerhana Matahari ialah sela masa ia berlaku diantara satu gerhana dengan gerhana yang berikutnya. Sela masa ini ialah 177 hari 4 jam dan ia berlaku dalam satu set gerhana Matahari pada nod orbit Bulan yang berlawanan(nod menaik dan menurun). Sebagai contoh gerhana separa Matahari pada 4 Januari 2011, selepas 177 hari, gerhana berikutnya ialah pada 1 Julai 2011. Rajah 2: Laluan yang mengalami gerhana separa Matahari pada 4 Januari 2011 Gerhana Matahari hanya berlaku ketika Ijtimak iaitu apabila Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu garis lurus atau dalam satu garis longitud samawi yang sama. Keadaan ini menjadi panduan menentukan awal bulan dalam taqwim Hijri. Gerhana Matahari hanya akan berlaku pada akhir bulan hijri. Gerhana separa Matahari yang berlaku pada 4 Januari 2011 adalah bersamaan dengan 29 Muharram 1432H. Mengikut hisab Ijtimak akan berlaku pada 18:57, 4 Januari 2011. Pada petang tersebut Matahari akan terbenam pada 19:17 dan Bulan akan terbenam pada 19.18. Umur hilal ketika terbenam Matahari ialah 21 minit dan altitudnya dari ufuk hampir satu darjah. Kedudukan hilal tersebut sukar untuk dicerap dan didapati tidak memenuhi syarat kenampakan hilal yang ditetapkan dalam penentuan awal bulan mengikut kalender Islam. Salah satu syarat yang ditetapkan di Malaysia, umur hilal tidak kurang dari lapan jam selepas Ijtimak. Oleh yang demikian bulan Muharram 1432 akan digenapkan menjadi 30 hari dan 1 haribulan Safar 1432 akan jatuh pada 6 Januari 2011. Diantara fenomena astronomi yang menarik yang dapat dilihat dalam bulan ini, pada 25 Januari, Bulan dengan fasa hampir suku akhir akan kelihatan hampir dengan bintang Spica dan planet Zuhal. Bulan berdekatan dengan Spica dan Zuhal pada pada sudut pisahan 11 darjah dan 8 darjah masing-masing. Spica adalah satu bintang yang terang dalam buruj Virgo dengan magnitud 0.96. Zuhal boleh dilihat dengan mata kasar pada malam ini dengan magnitud 0.66. Lihat di langit timur pada jam 5.00 pagi, kita akan dapat lihat Bulan berada tinggi hampir di tengah langit. Berdekatan dengannya kelihatan seperti satu bintang terang dengan warna kekuningan, itulah planet Zuhal. Jika dengan menggunakan binokular atau teleskop kita akan dapat melihat gelang di sekeliling Zuhal. Berdekatan dengan Bulan kita akan dapat melihat bintang Spica yang terang. Kedudukan ketiga-tiga objek tersebut seperti rajah 3. writethis(jsval);//--> Rajah 3 : Kedudukan Bulan, Zuhal dan Spica di tengah langit pada 05:00 pagi 25 Jan 2011 Pada 30 Januari, di langit timur sebelum terbit Matahari kita berpeluang melihat Bulan sabit tua menandakan hujung bulan Safar 1432 mengikut taqwim Hijri. Kita akan melihat bersebelahan dengan Bulan sabit itu ialah planet Zuhrah, ia kelihatan seperti bintang yang sangat terang dengan magnitud -4.28. Jika dilihat dengan teleskop planet Zuhrah pada pagi ini kelihatan seperti Bulan separuh. Ini kerana Zuhrah mempunyai fasa-fasa seperti Bulan (lihat Dewan Kosmik November 2010). Langit bulan ini turut dihiasi dengan bintang dan buruj-buruj yang menarik. Buruj Orion atau Belantik yang terkenal diantara buruj yang menghiasi langit bulan ini. Buruj ini mudah dikenali ia mengandungi tiga bintang yang sederet di tengahnya. Istimewa bintang-bintang ini ia boleh menjadi panduan arah Kiblat bagi orang Islam. Mintaka, Al-Nilam dan Al-Nitak adalah nama ketiga-tiga bintang tersebut. Betelgeuse juga ahli kepada buruj ini, merupakan bintang bersaiz raksaksa yang berwarna merah. Ia terletak sejauh 427 tahun cahaya dari Bumi. Berdekatan dengan buruj ini, buruj yang menyerupai seperti seekor anjing yang dikenali sebagai Canis Major. Buruj ini mempunyai bintang yang paling cerah di langit iaitu bintang Sirius. Ia satu-satunya bintang yang disebut di dalam Al-Quraan yang disebut sebagai bintang Syi'ra ( An-Najm:49). Ia mempunyai kecerahan mutlak 25 kali dari Matahari. Selain dari itu Buruj Gemini yang terdiri dari bintang Castor dan Pollux mudah dikenali. Ia digambarkan seperti dua beradik kembar yang sedang berpegangan tangan. Buruj ini juga terletak di langit utara berdekatan dengan buruj Orion. Di langit selatan turut dihiasi oleh bintang Canopus yang kedua sangat cerah di langit dengan magnitud -0.62 dalam buruj Carina. Bintang ini kelihatan berwarna putih dengan mata kasar, terletak sejauh 310 tahun cahaya dari Bumi. Bintang ini tidak dapat dilihat oleh mereka yang tinggal jauh di hemisfera utara di latitud melebihi 37° Utara. Langit bulan ini juga turut dihiasi dengan Galaksi Bima Sakti. Galaksi ini yang dianggarkan mengandungi bintang diantara 200-400 bilion bintang boleh dilihat dengan mata kasar jika cuaca langit cerah tanpa ada awan atau mendung. Ia kelihatan seperti jaluran awan yang nipis merentasi langit. Galaksi ini boleh dilihat dengan mata kasar bermula dari arah tenggara hingga ke barat laut. Bagi mengenali objek-objek langit bulan ini kita boleh menggunakan peta bintang Januari 2011. Peta bintang ini menunjukkan bintang, planet, buruj, dan galaksi Bima Sakti. Fasa-fasa bulan yang ditunjukkan merujuk kepada tarikh yang dilabelkan. Saiz bintang menunjukkan kecerahan, bintang yang cerah ditunjukkan dengan saiz titik yang besar. Bintang yang ditunjukkan adalah bintang-bintang yang cerah dengan magnitud kurang dari 4. Peta bintang ini boleh digunakan untuk langit di Malaysia pada jam 10.00 malam pada awal Januari, 9.00 malam di pertengahan Januari dan 8.00 malam di akhir Januari. Planet yang ditunjukkan untuk awal Januari. Cerapan langit utara Berdiri menghadap arah Utara.
Jika mencerap diawal bulan Januari, jam 10.00 malam, anda akan mendapati bintang Aldebaran yang terang berwarna merah berada di langit timur. Cuba kenali buruj Orion yang mempunyai bentuk seperti pemburu dengan tiga bintang sederet di tengah langit. Mulakan mengenali bintang dengan bintang yang cerah dan mudah dikenali seperti Capella dan Hamal. Seterusnya anda boleh mengenali planet, bintang dan buruj menggunakan peta bintang tersebut. Cerapan langit selatan
Cerapan langit malam perlu dilakukan pada malam yang cerah, kurang berawan atau mendung. Hindari dari gangguan cahaya lampu dengan menutup lampu luar atau halaman. Apabila kita berada dalam persekitaran yang gelap kita akan dapat melihat langit dengan lebih baik. Tunggu beberapa minit sehingga mata kita dapat menyesuaikan dalam keadaan gelap. Lebih lama kita dalam keadaan gelap lebih banyak bintang yang akan dapat di lihat. | |
Last Updated ( Sunday, 09 January 2011 ) |
Subscribe to:
Posts (Atom)