Search

Tuesday, February 15, 2011

KYUEM Astronomy Outreach 2011

Oleh: Wani, Krew Kembara Angkasa.

Tanggal 9 Rabi’ul Awwal 1432H bersamaan 12 Februari 2011 yang lalu, bertempat di Lembah Beringin, Persatuan Falak Syarie Malaysia(PFSM) telah dijemput untuk mengadakan program Falak dan Alam semesta bertempat di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) yang mana dahulunya dikenali sebagai Kolej Yayasan Sa’ad.
Diantara wakil PFSM yang terlibat untuk keseluruhan program ini adalah YDP PSFM, Tn Syed Kamarulzaman, Bendahari PFSM, Dato Wan Abdullah Ahmad, Encik Wan Johan dan dibantu oleh Krew-krew Kelab Kembara Angkasa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan UNITEN.
Bermula pukul 6 petang, para pelajar  telah memenuhi ruang pameran PFSM dan disusuri dengan ceramah Alam Semesta yang disampaikan oleh YDP PFSM iaitu Yg.Berbahagia Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer. Di antara aktiviti yang menarik minat para pelajar  KYUEM adalah aktiviti “Stargazing & Astrophotography” di mana para pelajar berpeluang untuk meneroka  alam semesta dengan menggunakan teleskop model MEADE.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar  KYUEM yang menunjukan minat yang luar biasa dalam memahami ilmu Falak Syarie ini dan mereka menyifatkan bahawa ini adalah salah satu program yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk umat Islam secara khususnya.

Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua masyarakat dalam mengagungkan ilmu falak Islam serta menarik minat mereka untuk terus mengkaji ilmu-ilmu warisan ilmuan Islam ini. Sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar KYUEM telah memberikan kenangan yang amat bermakna di sana. Pihak PFSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah sudi menjemput PFSM dan Krew Kembara Angkasa untuk hadir ke sana. 
 
  
 Antara Krew Kembara Angkasa & Ahli PFSM yang hadir

Krew Kembara Angkasa (Wanita) yang hadir

Sesi perkongsian ilmu falak oleh Tuan Syed Kamaruzzaman, YDP PFSM.


Salah seorang peserta sedang mencuba teleskop untuk memerhati objek lagit

  Sebahagian pelajar yang hadir memeriahkan program

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...