Search

Friday, January 28, 2011

YB Dato Seri Jamil Khir Penaung Persatuan

Written by Administrator   
Sunday, 16 January 2011
 
Pada 5 Safar 1432H bersamaan 10 Januari 2011 yang lalu satu kunjungan hormat Ke Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom dibuat oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Falak Syar'i Malaysia.
Rombongan Persatuan terdiri daripada YDP, Tn Syed Kamarulzaman, Setiausaha, Dr Kassim Bahali, Bendahari Dato Wan Abdullah Ahmad, AJK iaitu Dr Ibnor Azli, Ust Zakaria Mustaffa, Abdul Rahonny dan Sdr Wan Johan.
Pertemuan itu merupakan pertemuan yang pertama diantara Persatuan dan YB Menteri dimana Persatuan telah diperkenalkan kepada YB Menteri. Persatuan juga telah memaklumkan kepada YB Menteri mengenai projek Persatuan iaitu pembinaan sistem "Waktu Solat atas Pesawat". YB Menteri memberikan respons yang sangat positif dan beliau akan memberikan sokongan kepada Persatuan untuk melaksanakan projek itu.
Alhamdullilah, YB Menteri telah berkenan perlantikan sebagai Ahli Kehormat Persatuan  dan menjadi Penaung kepada Persatuan falak Syar'i Malaysia.
 
 100_0008
 
Last Updated ( Sunday, 16 January 2011 )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...