Krew Kembara Angkasa berkampung di USIM
Oleh: Nur Jazmina Rosli, Krew Kembara Angkasa
Pada 4, 5 dan 6 Mac 2011 lalu, Krew Kembara Angkasa dengan kerjasama Persatuan Falak Syarie Malaysia (PFSM) telah mengadakan Pameran Falak di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM bersempena dengan Hari Terbuka FSU dan USIM. Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pengunjung dan warga USIM sendiri.
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang pameran berlangsung. Antara yang paling mendapat sambutan para pengunjung adalah penukaran tarikh lahir Masihi ke Hijri. Para pengunjung dapat mengetahui tarikh lahir dalam bulan Hijri dan dapat membawa pulang sijil tarikh lahir Hijri sebagai kenangan. Para pengunjung juga dapat mencuba peralatan-peralatan Falak yang dipamerkan di situ seperti teleskop, binokukar, teodolit, kompas dan banyak lagi peralatan-peralatan lain.
Antara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang pameran adalah ceramah falak yang bertajuk “Fenomena Alam dan Hubungkait dengan Ilmu Falak Syarie. Ceramah ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hanafiah Abdul Razak. Ceramah yang berlangsung padahari Jumaat itu telah dihadiri oleh pelajar-pelajar USIM dan pelajar-pelajar daripada sekolah menengah.
Pameran ini berakhir pada hari Ahad, 6 Mac 2011. Krew Kembara Angkasa sangat berpuas hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti ke pameran ini terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah yang hadir. Semua krew berharap agar pameran ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Salah seorang pengunjung sedang mencuba menggunakan teleskop |
Sdr. Abu sedang memberikan penerangan kepada Y. Bhg. Prof Dr. Hj Abdul Samat Musa
Sdr. Abdul Manaf memberikan penerangan mengenai penggunaan teodolit.
Al- Fadhil Ustaz Hanafiah menerima cenderahati penghargaan atas ilmu yang telah disampaikan.
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sijil tarikh lahir hijri sebagai koleksi peribadi.
No comments:
Post a Comment