Search

PFSM

PERSATUAN FALAK SYAR'I MALAYSIA (PFSM)


SEJARAH PERSATUAN

Usaha yang serius untuk penubuhan PFSM ialah pada masa Almarhum Tuan Haji Mohd Khair b Hj Mohd Taib bertugas sebagai Karyawantamu UKM. Diantara usaha beliau diUKM ialah menggadakan kursus Falak Syar’i untuk pelajar UKM dan orang ramai yang berminat. Kursus ini telah diadakan selama kira kira enam bulan, seminggu sekali, yang bermula daripada tahun 1983.

Susulan daripada itu, satu pertemuan telah dianjuran oleh Dr Abdullah Hj Ibrahim, selaku Pengerusi Jawatankuasa Ceramah dan Kursus Falak Syar’i, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, dikalangan peminat falak yang terdiri daripada murid Almarhum daripada kursus Falak Syar’i itu. Pertemuan ini telah diadakan pada 1hb Muharram 1404H/ 7hb Oktober 1983M di Dewan Kuliah II, Fakulti Pengajian Islam UKM. Surat jemputan itu telah menyatakan bahawa perjumpaan itu di aturkan oleh Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM bersama dengan para peminat Falak Syar’i , dibawah pimpinan Karyawantamu UKM, Ustaz Hj Mohd Khair b Hj Mohd Taib( AMK, KMN, AMP). Tujuan utama perjumpaan itu ialah untuk membincangkan penubuhan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.

Seramai 21 orang, kebanyakkannya terdiri daripada anak murid Almarhum Tuan Hj Mohd Khair, yang telah mengikuti kursus falaknya di UKM, telah hadir didalam perjumpaan itu. Perjumpaan itu bersetuju untuk menubuhkan satu persatuan dengan nama Persatuan Falak Syar’i Malaysia dan satu Jawatankuasa penaja telah dilantik untuk menguruskan penubuhan Persatuan itu saperti berikut:

Pengerusi: Dr Abdullah Hj Ibrahim
Naib Pengerusi: Ustaz Abd Kadir Hj Ismail
Setaiusaha: Tuan Syed Kamarulzaman b Syed Kabeer
Pen Setiausaha: Mohd Shuib b Maulud
Bendahari: Ustaz Hashim HjMohd Hanafiah
Ahli Jawatankuasa: 
Tn Hj Abdul Razak Hj Omar
En Mohd Noor Hj Yusof
Tn Hj Mohd Kassim Hj Tahir
Tn Hj Abdullah Man

Penasihat: Tuan Haji Mohd Khair Hj Mohd Taib,
Dekan, Fakulti Pengajian Islam , UKM

Jawatankuasa Penaja itu telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama dengan kehadiran Ustaz Hj Mohd Khair selaku penasihat Persatuan. Beliau telah memberikan satu ucapan aluan dimana beliau telah menyatakan betapa mustahaknya Persatuan ini ditubuhkan kerana memandangkan teknologi angkasalepas telah mendapat minat orang ramai dewasa ini. Beliau juga berharap Persatuan ini berdiri sama tinggi dengan Persatuan lain.

Jawatankuasa Penaja yang telah diamanahkan untuk menggubalkan perlembagaan Persatuan dan mendapatkan pendaftarannya dengan Pendaftar pertubuhan telah berjaya menunaikan tanggungjawab itu dengan mendapatkan kelulusan pendaftaran PFSM, bernombor pendaftaran 3782/85, pada 16hb Rabiul awal 1406/29hb November 1985.

Satu majlis khas telah diadakan untuk melancarkan PFSM di Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, pada hari Isnin, 17hb Ramadan 1406/ 26hb Mei 1986. Perlancaran ini telah dilaksanakan oleh Y.B Dato’ Dr Mohd Yusof Noor , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Y.B Dato’ Dr Mohd Yusof Noor adalah juga seorang yang sangat prihatin dan banyak memberikan sokongan terhadap penubuhan PFSM semenjak beliau berada di UKM sebagai Timbalan Naib Cancelor. PFSM kemudian telah melantik Y.B Dato’ Dr Mohd Yusof Noor sebagai Penaung pertama Persatuan.

Pada majlis perlancaran itu beberapa orang Qari dan Qari’ah peserta Musabaqah AlQuran peringkat antarabangsa juga turut hadir sebagai tetamu. Tuan Haji Mohd Khair b Hj Mohd Taib telah diberikan penghormatan untuk memberikan Ucapan Khas didalam majlis perlancaran itu.

MATLAMAT DAN TUJUAN PFSM

Matlamat dan tujuan PSM yang termaktub didalam perlembagaannya adalah saperti berikut:
 
  • Menghidupkan dan mengembangkan tradisi pengajian ilmu falak berdasarkan kepada prinsip-prinsip Al Quran dan AsSunnah..
  • Mengumpulkan dan menyatukan ahli ahli falak syar’i di Malaysia.
  • Menyatupadaukan Ummah Islam didalam masaalah-masaalah falak syar’i berdasarkan kepada prinsip-prinsip Al Quran dan AsSunnah.
  • Berkerjasama dalam masaalah falak syar’i dengan pihak berkuasa Pusat dan Negeri di Malaysia.
  • Menganjur, menggalak dan memupuk kerjasama dengan lain-lain persatuan falak tempatan atau antarabangsa untuk mencapai matlamat-matlamat Persatuan.
  • Memperjuangkan supaya ilmu falak syar’i diambilkira sebagai satu mata pelajaran di institusi-institusi pelajaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...