Search

Saturday, March 19, 2011

Krew Kembara Angkasa sertai KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AKHIR 1432

Oleh Mazura Md Dali, Krew Kembara Angkasa

Pada tarikh 5 Mac 2011 bersamaan 30 Rabiul Awwal 1432 Krew Kembara Angkasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  telah menyertai KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AKHIR 1432 yang telah diadakan di Pejabat Agama Kuala Selangor dan Baitulhilal Bukit Melawati, Kuala Selangor.

 Di Pejabat Agama Kuala Selangor, Krew Kembara  telah didedahkan dengan ilmu penggunaan Rubu' Mujayyab dan sistem pertukaran  tarikh yang telah dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Abd. Latip b. Ibrahim, Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Selangor serta dibantu oleh urusetia-urusetia yang lain. Selain itu, Krew Kembara juga didedahkan kaedah menentukan waktu solat melalui bayang-bayang.

Pada sebelah petang, Krew Kembara telah dibawa ke Baitulhilal, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Sementara menanti waktu maghrib tiba, Krew Kembara telah dipaparkan rakaman buruj, hilal dan matahari yang telah dirakam oleh Jabatan Mufti. Selain itu, Krew Kembara juga diajar kaedah menentukan kedudukan hilal dan terbenamnya matahari. 

Setelah terbenamnya matahari, Krew Kembara memulakan cerapan hilal dengan menggunakan alatan Jabatan Mufti. Namun begitu, mendukacitakan apabila hilal tidak kelihatan disebabkan terhalang oleh awan tebal. Krew Kembara Angkasa berharap program cerapan pada masa akan datang, hilal akan kelihatan. 

Krew Kembara Angkasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Abd. Latip b. Ibrahim dan Jabatan Mufti Negeri Selangor serta urusetia-urusetia yang lain kerana memberi ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang sungguh bermakna. Sehingga bertemu lagi di program akan datang.








 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...