Search

Friday, February 11, 2011

KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AWWAL 1432

3 Feb 2011 - Syukur Alhamdulillah, seramai 15 orang Krew Kembara Angkasa telah berjaya mengikuti KURSUS SEHARI BERSAMA FALAK & CERAPAN ANAK BULAN (HILAL) RABIUL AWWAL 1432 di Balai Cerap Anak Bulan Bukit Jugra. Dalam kursus ini, semua peserta telah didedahkan dengan ilmu penggunaan Rubu' Mujayyab dan sistem pertukaran tarikh yang telah dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Abd. Latip b. Ibrahim, Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Selangor serta dibantu oleh urusetia-urusetia yang lain. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor atas penganjuran kursus yang amat baik dan bermanfaat. Sehingga berjumpa lagi pada kursus yang akan datang.
  
Krew Kembara Angkasa bergambar kenangan bersama penganjur dan sebahagian peserta yang hadir.

Ustaz Abdul Latip menunjukkan cara menentukan arah qiblat dengan menggunakan Rubu' Mujayyab.

Krew Kembara Angkasa sedang mengukur bayang-bayang tiang tegak.

 Ustaz Abdul Latip berkongsi pengalaman dan ilmu dengan peserta.

Saturday, February 5, 2011

Proposed Mission to Jupiter System Achieves Milestone

Proposed Mission to Jupiter System Achieves Milestone
02.04.11
Artist's concept of NASA's Jupiter Europa Orbiter
 
This artist’s concept shows NASA's Jupiter Europa Orbiter which will carry a complement of 11 instruments to explore Europa and the Jupiter System. The spacecraft is part of the joint NASA-ESA Europa Jupiter System Mission (EJSM). 
Image credit: NASA/ESA

SIRAH BULAN-BULAN HIJRAH

Tajuk Buku: Sirah Bulan-bulan Hijrah
Penulis: Y. Bhg Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi, 
Pensyarah UDM (kini UNISZA), Terengganu D.I
Terbitan: MUST READ Sdn. Bhd.

Setelah membaca buku tersebut, banyak ilmu yang dapat kita perolehi daripada penulisan Y. Bhg Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki. Karangan beliau berkaitan sirah bulan- bulan hijrah dan keistimewaan bulan-bulan tersebut. Sebagai seorang pencinta ilmu falak ini, sememangnya kita perlu mengetahui tentang sirah dan keistimewaan bulan hijrah ini kerana ia berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim. saya kongsikan beberapa ilmu yang telah beliau sampaikan secara ringkas. Untuk bacaan yang lebih lanjut, boleh dapatkan buku tersebut di pasaran.

SEJARAH PERMULAAN TAHUN HIJRAH (Muka surat: 3-5)

Tahun hijrah telah dimulakan penggunaannya selepas 7 tahun kewafatan Rasulullah SAW iaitu pada tahun ke 17H pada zaman pemerintahan Sayidina Umar Al-Khattab. Sebelum itu, mereka hanya menggunakan hari dan bulan sahaja tanpa tahun. Bulan yang diterima pakai sejak zaman Rasulullah SAW ialah Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab dan Syaaban, manakala penentuan hari pula adalah dengan melihat bulan yang timbul pada waktu malam.


Sebelum kemunculan Takwim Islam (Hijri) ini, dikalangan bangsa Arab sendiri pun sudah ada berbagai-bagai kalendar yang telah digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Rumawi dan Kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar jahiliah.
Abu Nuaim Al-Asbahani ada meriwayatkan dua kisah tentang sejarah penggunaan tahun pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab. Dalam satu riwayat, ia ada menyebut tentang satu dokumen kewangan bertulis padanya bulan Syaaban sahaja tanpa disebut tahun. Lalu timbul pertanyaan dalam diri Sayidina Umar r.a, ini Syaaban bila? adakah yang baru ataupun yang sebelumnya?

Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di kalangan gabenor wilayah Islam pada zaman Sayidina Umar r.a telah mengadu kepada beliau iaitu setiap kali surat sampai kepada kami, ia tidak mempunyai tahun. Kami tidak pasti bilakah ianya dihantar kepada kami. Lantaran itu, Sayidina Umar r.a menjemput para sahabat untuk membincangkan tentang penentuan tahun. mereka bersetuju bahawa penentuan tahun perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Persoalannya ialah apakah peristiwa yang boleh dijadikan asas dalam kalendar Islam? Beberapa cadangan telah diberikan, antaranya ialah berasaskan tarikh kelahiran Rasulullah SAW atau berasaskan tahun kenabian Rasulullah SAW atau berasaskan tahun penghijrahan Rasulullah SAW atau berasaskan tahun kewafatan Rasulullah SAW. Namun, Sayidina Umar r.a bersetuju dengan tahun penghijrahan Rasulullah SAW sebagai tahun asas bermulanya penggunaan tahun hijrah dengan hujah hijrah itu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. dengan itu, diisytiharkan peristiwa hijrah sebagai asas permulaan pengiraan tahun hijrah bagi umat Islam. Tahun perbincangan itu telah berlaku pada 17 tahun selepas berlakunya hijrah Rasulullah SAW , ini beerti ia merupakan tahun 17 hijrah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...