Search

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1432H (1 OGOS 2011)

Bermula 1 Ramadhan 1432H (1 Ogos 2011), seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah berpuasa selama 1 bulan. Semoga dengan kehadiran bulan yg mulia ini akan memberikan keberkatan dalam kehidupan seharian. Program Cerapan Hilal Ramadhan telah dijalankan secara serentak pada 31 Julai 2011 (29 Sya'aban 1432H) di 30 lokasi cerapan rasmi di seluruh negara (Rujuk: http://www.islam.gov.my/e-falak/tempat-cerapan) termasuk di Balai Cerap Selangor, Sungai Besar. Dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah (Rujuk:http://www.islam.gov.my/e-falak/kriteria), semua umat Islam telah diwajibkan berpuasa bermula 1 Ogos 2011 (Isnin) sepertimana telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja menerusi media. 


SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA daripada KREW KEMBARA ANGKASA dan PERSATUAN FALAK SYAR'I MALAYSIA

Friday, July 22, 2011

KKA sertai BENGKEL ASAS PENGENDALIAN TELESKOP 2011

Oleh : Krew Kembara Angkasa

22 & 23 JULAI 2011 (Jumaat & Sabtu) - Seramai 17 orang Krew Kembara Angkasa (KKA) telah menyertai BENGKEL ASAS PENGENDALIAN TELESKOP 2011 anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka. Bersama tenaga pengajar, Dr. (H) Kassim Bahali KKA telah diberi pendedahan asas tentang pengendalian teleskop dengan baik serta latihan praktikal dan cerapan turut dijalankan. Selain itu, turut menyertai bengkel ini ialah ahli Persatuan Falak Syar'i Negeri Melaka.

Saturday, July 2, 2011

Kembara Angkasa, PFSM di 3rd Charity Bazar, Menara Weld

2 Julai 2011 (Sabtu), Krew Kembara Angkasa, PFSM telah dijemput untuk mengadakan pameran bersempena 3rd Charity Bazar di Menara Weld. Program yang berjalan selama satu hari ini bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang telah mendapat sambutan yang amat baik drpd pengunjung. Terima kasih kepada pengunjung yang hadir yang memberi sokongan...

Saturday, May 21, 2011

TEMUI KEMBARA ANGKASA di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka.

21 - 22 Mei 2011 (Sabtu & Ahad), Krew Kembara Angkasa, PFSM kini berada di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka sempena sambutan Hari Falak (Astronomy Day) Tahun 2011. Program selama 2 hari ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Kompleks Falak Al-Khawarizmi dengan di sertai pelbagai agensi, intitusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan. "Bersama kita terokai ilmu kegemilangan Islam ini.."






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...