CERAPAN GERHANA BULAN PENUH - 10 DISEMBER 2011
Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh akan diadakan pada 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433H bertempat di Baitul Hilal Port Dickson anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembuilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Program ini bermula jam 4.30 petang.
Antara pengisian program ialah pihak penganjur telah mengundang dua orang penceramah iaitu En. Shahrin Ahmad, Pengasas Falak Online dan juga Ahli NETT dan En. Razlan Ahmad dari Universiti Sains Islam Malaysia bagi menyampaikan ceramah dam mengisi program pada hari tersebut. Taklimat cerapan gerhana bulan akan disampaikan oleh Pn. Nazatulshima Ahmad dari Jabatan Fizik Universiti Malaya.
Sehubungan dengan itu, hadiran yang berkesempatan dijemput hadir bagi meriahkan lagi program ini dan dapat berkongsi ilmu dan menimba pengalaman yang baru.
MAKLUMAT FASA GERHANA BULAN PENUH
TARIKH : 10 DISEMBER 2011 ( SABTU )
TEMPAT : BAITUL HILAL TELUK KEMANG PORT DICKSON
Bulan terbit : 18.54
Bulan mula memasuki Penumbra : 19.32 (P4)
Bulan mula memasuki Umbra : 20.46 (U4)
Permulaan gerhana Penuh : 22.06 (U3)
Waktu gerhana Maksima : 22.31
Tamat gerhana Penuh : 22.57 (U2)
Bulan meninggalkan Umbra : 00.18 (U1)
Bulan meninggalkan Penumbra : 01.31 (P1)
TENTATIF PROGRAM
4.30 PM - Minum Petang
5.00 PM - Ceramah Gerhana Bulan
En. Shahrin Ahmad
(Pengasas Falak Online dan Ahli NETT)
6.00 PM - Makan Malam
7.00 PM - Solat Maghrib berjemaah
7.30 PM - Tazkhirah : Gerhana, Tanda Kebesaran Allah
En. Razlan Ahmad
(Universiti Sains Islam Malaysia)
8.15 PM - Solat Isyak Berjemaah
Solat Sunat Gerhana
Ust Zaher Rudin Hj Mokhtar
(Imam Masjid Negeri)
9.00 PM - Taklimat Cerapan Gerhana Bulan
Pn. Nazatulshima Ahmad
(Jabatan Fizik Universiti Malaya)
10.00 PM - Minum Malam & Bersurai
Kaifiyyah Solat Gerhana
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud seperti berikut:
RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى
Yang bermaksud, Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.
Baca Surah al-Fatihah dan Surah
Rukuk
I’tidal
Baca Surah al-Fatihah dan Surah
Rukuk
I’tidal
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
RAKAAT KEDUA
Baca Surah al-Fatihah dan Surah
Rukuk
I’tidal
Baca Surah al-Fatihah dan Surah
Rukuk
I’tidal
Sujud
Tahiyyat akhir
Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.