KEMBARA ANGKASA ‘1001 MALAM’
Oleh: Krew Kembara Angkasa
Pada 6 April 2011 bersamaan 2 Jamadil Awwal 1432H, Persatuan Falak Syarie Malaysia & Kelab Kembara Angkasa (KKA) dengan kerjasama krew-krew Falak USIM turun padang bagi memenuhi jemputan daripada Malaysian Institute of Aviation Technology (uniKL MIAT) bagi mengadakan aktiviti malam kembara angkasa bertempat di surau Saidina Ali.
Dalam program ini, krew kembara memberi pendedahan kepada warga MIAT mengenai ilmu falak yang mana bertujuan untuk mendekatkan warga MIAT kepada fenomena alam dan falak syarie. Program ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir 11 malam. Pada sebelah petang, krew kembara mengadakan pameran alat-alatan yang digunakan dalam cerapan, gambar-gambar aktiviti serta jualan barangan falak.
Pada sebelah malamnya krew kembara telah mengadakan ceramah mengenai pengenalan ilmu falak yang di sampaikan oleh saudara Razlan bin Ahmad. Selesai ceramah tersebut, krew kembara mengadakan cerapan langit malam untuk tontonan warga MIAT.
Dalam cerapan tersebut warga MIAT telah diraikan oleh planet Zuhal yang terpancar indah di langit. Krew kembara dan warga MIAT sangat bertuah kerana di temani planet tersebut. Selepas sahaja selesai mencerap langit malam tepat jam 12 malam, maka berakhir lah program tersebut..